(Utusan Borneo)
Published : February 11, 2017
Anak buaya sepanjang empat kaki lebih menggemparkan penduduk Matu. |
Saadon Kusairi, 60-an terkejut apabila pukatnya bukanlah berisi ikan baong yang kebiasaannya menjadi hasil tangkapan, namun seekor buaya seberat 10 kilogram tersangkut di dalam pukatnya.
“Saya pasang pukat pada Selasa dan Khamis (kelmarin) saya angkat dan lihat apa hasil tangkapan,” katanya kepada Utusan Borneo.
Bagaimanapun, kata Saadon, buaya berkenaan mati dikhuatiri lemas dalam jaring pukatnya.
Bangkai buaya berkenaan katanya kemudiannya ditanam dengan bantuan anak, rakan serta jiran tetangga.
Menurut penduduk sekitar, kini mereka berasa gerun dan takut hendak ke sungai memandangkan saiz buaya itu yang kecil.
“Sebab itu anak buaya, mesti ada keluarga buaya masih berkeliaran di dalam sungai,” menurut salah seorang penduduk.
Pada masa sama, penduduk menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera kerana tidak mahu ada tragedi melibatkan sang bedal membaham mangsa.
- Utusan Borneo