Total Pageviews

Sunday, February 26, 2017

(March 2015) Nelayan terkejut bangkai buaya dalam jaring - Fishermen stunned to find a dead crocodile in his net. Kampung Bako, Kuching.

# News Source
(The Star)
Published : March 13, 2015
Sarawak Forestry Corporation wildlife officer Wan Mazlan Wan Majian inspecting the crocodile carcass at Kampung Bako in Kuching. 

KUCHING 12 Mac 2015 – Enam sahabat berasa cukup teruja apabila mendapati jaring yang dipasang berhampiran Teluk Langkang, Bako di sini hari ini terasa berat apabila ditarik kerana menyangka ada ikan besar tersangkut di dalamnya.

Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat seekor buaya tembaga seberat 200 kilogram dan 3 meter panjang yang sudah mati melekat pada jaring berkenaan.

Hamka Anuar, 35, berkata, dia bersama rakan-rakan memang sudah biasa menjaring ikan di kawasan tersebut sejak setahun lalu tetapi ini pertama kali buaya terperangkap dalam jaring yang dipasang.

Pekerja perahu penambang itu memberitahu, mereka menaiki sebuah perahu dari jeti Taman Negara Bako untuk memeriksa jaring yang dipasang kira-kira lima kilometer (km) dari situ pada pukul 10 pagi.

“Apabila sampai, kami terus menarik jaring untuk menaikkan ikan tetapi kali ini berasa hairan kerana berat yang luar biasa.

“Kami berasa teruja kerana menyangka ikan besar yang tersangkut lalu menggunakan segala kudrat yang ada untuk menarik jaring.

“Namun, kami semua terkejut besar sebaik sahaja melihat muncung mulut buaya timbul selepas jaring berjaya dinaikkan,” katanya kepada pemberita di Jeti Taman Negara Bako.

Hamka berkata, mereka berasa lega apabila mendapati buaya terbabit sudah mati dan mengambil keputusan menarik bangkai reptilia itu ke jeti.

Katanya, sang bedal terbabit mungkin terperangkap dalam jaring yang dipasang pada malam tadi semasa cuba memakan ikan yang melekat pada alat tangkapan itu sebelum mati akibat tidak dapat bernafas.

“Sebelum itu pada sebelah petang, kami ada pergi melihat jaring berkenaan tetapi tiada apa-apa. Memang agak cemas apabila terlihat muncungnya timbul selepas jaring ditarik kerana jika masih hidup, pasti buaya besar ini akan melibas perahu kami,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporatian (SFC), Wan Mazlan Wan Majian berkata, pihaknya akan membawa bangkai buaya berkenaan ke kawasan khas terletak kira-kira 5 km dari Jeti Taman Negara Bako untuk ditanam.

**************

KUCHING: A fisherman from Kampung Bako was stunned to find a dead crocodile in his net on Thursday morning. 

Hamka Anuar, 35, went to check his fishing net near the estuary of Sungai Bako, about 20 minutes away by boat from the village, and was surprised to find it so heavy. 

"I was pleased at first because I thought I had caught a lot of fish. But when I started hauling up the net, I spotted a crocodile in it instead," he said. 

The 3m-long reptile weighing about 200kg was believed to have drowned as it was caught in the net and could not surface to breathe. 

Hamka said it took six men to haul the carcass to the boat terminal at the village, where it attracted the attention of tourists, who were waiting to board boats for the nearby Bako National Park. 

One of them, 19-year-old Sydney Brown from Canada, said it was the first time she had seen a crocodile. 

The carcass was handed over to Sarawak Forestry Corporation personnel at the terminal. 

Hamka said this was the second time he had "caught" a crocodile. 

"Two years ago, I found a smaller crocodile, about two metres long, in my net," he said.

- The Star (2015)


Monday, February 20, 2017

Pemancing terkejut kail mengena ikan serupa ular sawa, Ulu Ensika, Sebuyau.

# News Source
(Utusan Borneo)
Published : February 20, 2017
Paul menunjukkan mempaik yang menyerupai ular sawa.

Paul menunjukkan hasil tangkapan lain di Ulu Ensika, Sebuyau.
KUCHING: Seorang pemancing terkejut dengan hasil tangkapan agak unik dan jarang diperolehi apabila mata kailnya mengena ikan mempaik.

Pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Paul berkata mempaik diperoleh ketika memancing di Ulu Ensika, Sebuyau pada Ahad lepas adalah seberat 4.7 kilogram dan panjang kira-kira dua meter.

Ikan yang habitatnya di kawasan hulu sungai turut dikenali dengan nama ular api ai dan pek ai.

Sekali imbas ia seakan-akan ular sawa kerana memiliki corak batik di badannya dan panjang seolah-olah ular.

Menurut Paul, beliau pernah menangkap mempaik seberat 5.6 kilogram sebelum ini.

Katanya lagi, empaik membiak secara bertelur dan telurnya kira-kira sebesar telur burung puyuh.

Ikan ini juga menyerupai ikan tilan - tetapi ikan tilan saiznya lebih kecil.

- Utusan Borneo

Friday, February 17, 2017

Crocodile got stucked - Buaya sangkut di pagar, Rampangi, Santubong, Kuching.

# News Source
(Borneo Post)
Published : February 18, 2017




KUCHING: A crocodile measuring more than two metres was caught by villagers after it got stuck when it tried to crawl through a chain-link fence of a house at Rampangi near Santubong on Thursday evening.

The croc had earlier entered the house compound through a loose section of the fence to feast on some ducks the house owner reared but its movement was detected by residents there.

A number of them gathered at the compound to catch the thieving reptile which in its panic to escape went through the wrong part of the fence which was tight and got stuck thus becoming a sitting duck for its pursuers.

“We then gathered to catch the crocodile as it tried to escape but as it passed through the wire fence, it got stuck.

“That was when we covered its head including its eyes, and also tied it with ropes,” one of the villagers said.

The unfortunate reptilian duck thief has been sent to the relevant authorities but its fate is unknown at press time.

- Borneo Post

----------------------

KUCHING: Seekor buaya berjaya ditangkap selepas dikatakan membaham beberapa ekor itik di sebuah rumah berdekatan Jambatan Santubong di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, buaya tersebut terdahulu dilihat memasuki pekarangan rumah berkenaan sebelum penduduk di sekitar kawasan tersebut cuba menangkapnya.

Dipercayai buaya tersebut cuba melepaskan diri, namun terperangkap di bahagian pagar dan peluang itu digunakan penduduk untuk terus menangkapnya.

Buaya tersebut difahamkan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) mempergiatkan operasi penakaian buaya di perairan Sungai Santubong dalam usaha menyelesaikan konflik manusia-buaya.

Operasi oleh Swift Wildlife Action Team (SWAT) bermula pada 14 Februari lalu selepas insiden kematian Selamat Raub, 55, yang dipercayai dibaham buaya.

“Seekor buaya betina berukuran 2.9 meter panjang dan berat dianggarkan 200 kilogram telah memakan umpan malam semalam (kelmarin) dan kemudian ditarik ke darat pada jam 9 pagi tadi (semalam).

“Bedah siasat yang dijalankan oleh Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) ke atas buaya tersebut, namun tidak menemui sebarang bahagian tubuh manusia di dalam perutnya,” kata kenyataan media yang dikeluarkan SFC semalam.

Operasi di Sungai Santubong akan diteruskan untuk menakai lebih banyak buaya bersaiz besar yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

- Utusan Borneo 

Thursday, February 16, 2017

Gua Angin ditutup sementara akibat banjir, Bau.

# News Source
(Utusan Borneo)
Published : February 17, 2017
Keadaan kawasan Rizab Semula Jadi Gua Angin ditutup sementara akibat banjir.
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) semalam mengeluarkan notis pemberitahuan penutupan sementara serta-merta Rizab Semula Jadi Gua Angin ekoran banjir berlaku di kawasan berkenaan susulan hujan lebat tanpa henti.

SFC dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, akibat banjir itu juga, platform jeti terletak berhampiran rizab juga ditenggelami air.

“Air melimpah keluar dari sungai berdekatan telah membanjiri kawasan dalam Gua Angin.

“Bagaimanapun, Rizab Semula Jadi Gua Pari-Pari masih dibuka untuk kunjungan orang ramai buat masa ini,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi pengurusan Rizab Semula Jadi Gua Angin dan Gua Pari-Pari di talian +6082-375490 atau Pejabat Taman Negara di talian +6082-248088 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lain.

Gua Angin akan dibuka semula kepada pengunjung apabila keadaan banjir beransur pulih dan sebarang masalah yang timbul amat dikesali.

- Utusan Borneo

Friday, February 10, 2017

Bukan ikan tapi seekor buaya yang sangkut dalam pukat nelayan, Matu, Mukah.

# Sumber Maklumat
(Utusan Borneo)
Published : February 11, 2017
Anak buaya sepanjang empat kaki lebih menggemparkan penduduk Matu.
MUKAH: Penduduk sekitar Matu kelmarin digempar penemuan seekor buaya sepanjang empat kaki lebih oleh seorang nelayan pada 6 pagi ketika mengangkat pukatnya.

Saadon Kusairi, 60-an terkejut apabila pukatnya bukanlah berisi ikan baong yang kebiasaannya menjadi hasil tangkapan, namun seekor buaya seberat 10 kilogram tersangkut di dalam pukatnya.

“Saya pasang pukat pada Selasa dan Khamis (kelmarin) saya angkat dan lihat apa hasil tangkapan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Bagaimanapun, kata Saadon, buaya berkenaan mati dikhuatiri lemas dalam jaring pukatnya.

Bangkai buaya berkenaan katanya kemudiannya ditanam dengan bantuan anak, rakan serta jiran tetangga.

Menurut penduduk sekitar, kini mereka berasa gerun dan takut hendak ke sungai memandangkan saiz buaya itu yang kecil.

“Sebab itu anak buaya, mesti ada keluarga buaya masih berkeliaran di dalam sungai,” menurut salah seorang penduduk.

Pada masa sama, penduduk menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera kerana tidak mahu ada tragedi melibatkan sang bedal membaham mangsa.

- Utusan Borneo

Popular Post