Total Pageviews

Thursday, February 16, 2017

Gua Angin ditutup sementara akibat banjir, Bau.

# News Source
(Utusan Borneo)
Published : February 17, 2017
Keadaan kawasan Rizab Semula Jadi Gua Angin ditutup sementara akibat banjir.
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) semalam mengeluarkan notis pemberitahuan penutupan sementara serta-merta Rizab Semula Jadi Gua Angin ekoran banjir berlaku di kawasan berkenaan susulan hujan lebat tanpa henti.

SFC dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, akibat banjir itu juga, platform jeti terletak berhampiran rizab juga ditenggelami air.

“Air melimpah keluar dari sungai berdekatan telah membanjiri kawasan dalam Gua Angin.

“Bagaimanapun, Rizab Semula Jadi Gua Pari-Pari masih dibuka untuk kunjungan orang ramai buat masa ini,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi pengurusan Rizab Semula Jadi Gua Angin dan Gua Pari-Pari di talian +6082-375490 atau Pejabat Taman Negara di talian +6082-248088 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lain.

Gua Angin akan dibuka semula kepada pengunjung apabila keadaan banjir beransur pulih dan sebarang masalah yang timbul amat dikesali.

- Utusan Borneo

Popular Post